Wednesday, 3 October 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP-Edit Borang Tiada Soft Copy

Salam sejahtera..

Alamak dah berapa hari tak update ye. hehe jangan mara.maklum le tempat kerja dekat ulu. Petang-petang baru boleh balik. Ok ye hari ini ada seorang guru bertanyakan saya. Dia bawakan saya borang penting yang tiada soft-copy. Dia bertanya kepada saya macamana nak buat ni, borang ini dah lewat hantar. Dateline dah jadi death-linenya (tu la sape suruh anto lewat2). Maka saya dengan coolnye berkata 

" Rilex, Photoshop bisik. Aram meh kitai adu ke.....". -(jaku iban)
"Bawak bertenang, photoshop kan ada. Jom kita buat" (terjemahan bahasa yang anda faham)

Muka pucat lesi kawan guru saya. Siap kena usik lagi.hehe..maka dengan itu terdetik pula nak post teknik ringkas photoshop ni kat blog nih. Apa kata jom kita jenguk-jenguk teknik ini.Waccaaaaa..

Teknik terdesak ini sangat ringkas. Teknik ini kalau ada borang yang nak segera, tiada soft-copy boleh pakai. Kalau nak edit lembaran kerja murid pun senang pakai teknik ini. Apa yang perlu ada ialah scanner, printer dan PhotoshopTengok di bawah contoh borang terdesak ini.


Ini borang pengisytiharan harta. Borang ni la kawan saya kalut takde soft copy

   Dia nak tukar maklumat tu dengan maklumat dia.

Kalau nak guna microsoft paint boleh sangat-sangat. Tapi bila pakai asyik besar. Tak boleh nak kecilkan masa kita nak edit tu. Caranya Photoshop. Tapi software ini grafik punya. Sebenarnya kalau anda tiada basic boleh pakai. Cuma nak ada Tok Guru jew.

Tapi hari ini rasa tidak bermaya nak potong-potong gambar. Apa kata tengok jela caranya di bawah. Siap video lagi. Boleh dengar suara mahaguru dalam tu..hehe..



Sebenarnya ini adalah sebahagian teknik ringkas yang berguna. Ini juga bonus yang bakal anda terima jika anda lawati laman web rasmi admin.hehehe. Cuma kali ni saya selaku admin beri tengok awal-awal (maksud tersembunyi: percuma..hehe). Khususnya para guru-guru. Yang bukan guru pun boleh pakai jika ada masalah yang sama. 

Jika berminat nak ketahui lebih lanjut, sila le lawati ke halaman rasmi admin di :- 


Opss..terima kasih pada anda yang sudi jenguk ke blog yang tidak seberapa ini.