Salam sejahtera. Hari ini saya ada satu tips yang saya suka-suka main. Masih mengenai teknik Photoshop yang mudah. Pernah anda terlihat dalam blog atau web yang pernah memaparkan gambar-gambar lucu? Mungkin mereka menggunakan photoshop sebagai medium. Tapi saya nak tunjuk yang simple-simple je.
Ada jugak blogger yang pernah kata, kalau nak tarik ramai pelawat ke blog atau web boleh le pertimbangkan nak letak gambar-gambar lucu ni. Maka sebab itu saya nak jugak ambil kesempatan atas benda nih. 
Jom saya tunjukkan cara yang simple ini.
Klik ikon Adobe Photoshop dan buka gambar yang dikehendaki. Fikirkan 2,3 gambar yang sesuai. Kalau nak potong rujuk kembali pada tips 1 dan 2. Lepas potong jangan lupa naikkan seri gambar tu ye.(rujuk kembali pada tips 1 dan 2 dalam blog ni.peace!)
Caranya
Klik file>open as>cari tempat simpan gambar>
![]()  | 
| Contoh Gambar : En. Belang ni gambar utama. Saya cuma nak potong gambar perempuan sebelah kanan tu je. Jangan lupa guna tips1 dan 2 dalam post saya yang lepas ye.huahuahua. | 
Diskripsi idea:         
Kita nak buat perempuan tu cium Mat Belang tu, pastu kita letak kotak dialog sebelah kanan En.Belang nih. Dalam tu saya nak tulis dia marah tengok bercium la.. 
File gambar:(jangan lupa)
Gambar Utama  : Simpan dalam JPEG pun takpe
Gambar Potong : Simpan dalam .PSD (lepas potong) senang nak pindahkan layer     
                                (ikut tips-2)
Bila dah keluarkan gambar paparan seperti ini akan keluar.
![]()  | 
| Saya alihkan paparan Photoshop ini dengan menggunakan arrange document. Sebaris dengan file,edit,image,layer,filter, view, window, help. | 
Kalau nak wat paparan seperti ini boleh, cari je kat sini.
Kemudian alihkan gambar perempuan yang tengah nak cium tu ke ruangan En.Rimau. Gunakan move tools.
Pakai ini nak gerak objek. Pindahkan gambar potong ke gambar utama.
Kemudian kita nak besarkan gambar potong yang telah kita pindahkan tadi. Pastikan layernya betul.
Caranya klik layer>klik layer gambar potong
Dah betul layer jom besarkan gambar potong dengan gambar utama. Caranya...
Klik edit>Transform>scale>
Selepas je anda klik scale gambar potong akan keluar kotak empat segi. Pada penjuru kotak ada kotak kecil. Gunanya untuk ditarik-tarik supaya boleh dibesarkan dan dikecilkan. (tekan shift semasa nak tarik ye).
Dah dapat saiz yang dikehendaki klik enter untuk buang kotak scale tadi. Kemudian alihkan gambar ke tempat yang dikehendaki dengan menggunakan move tool.
Di bawah adalah contoh tempat saya pindahkan gambar potong menggunakan move tool.
Dah jadi camni kita akan letakkan kotak dialog. 
Klik lama di pada ruangan tools cari Elliptical Marquee Tool.
Seretkan tool ini dalam ruangan kerja anda sehingga jadi seperti di bawah  ini.
Kemudian ambil Polyganol Lasso Tool dan klik kotak kecil bercantum seperti gambarajah di bawah.
Kemudian sambungkan pada bulatan yang telah anda seretkan tadi macam kat bawah ni.
Kan dah jadi kotak dialog? Pastu buka layer baru untuk kotak dialog ni. 
Masukkan cat
Klik paint bucket>klik pada kotak dialog.
Selepas klik pada kotak dialog akan jadi begini, seperti di bawah
Lepas tu ambil tool Horizontal  Tool Type untuk buat tulisan. Cari macam di bawah ni.
Kemudian klik pada kotak dialog untuk mulakan menulis.
Kalau tulisan tidak keluar maksudnya warna tulisan sama dengan warna kotak dialog. Anda kena tukar. Cari di sini.
Pastu simpankan gambar yang dah siap dalam bentuk JPEG atau apa-apa fail yang anda kehendaki.
Klik file>save as> dan simpan.
Agak-agaknya lucu tak gambar di atas tu. Entahle, terpulang le pada korang yang menilai. Kalau anda tak lucu pun dapat buat orang tersengih pun dah kira ok la.hahaha. Ok kita jumpa lagi dilembaran akan datang..See ya




































