Friday, 28 September 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP-Memotong Gambar

Tips 2: Memotong Gambar

Salam sejahtera, kali ini saya akan berikan tips ringkas bagaimana untuk memotong gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop.

Pertama: klik ikon Photoshop. Buka file gambar>klik file>open>cari folder gambar>klik open.

Katakan ini gambarnya.



Pada gambar ini kita mahu ambil kepala dan badan sahaja. Latar belakang merah tu kita tak mahu. Caranya, lihat di bawah.

Klik pada Polygonal Lasso Tool


Kalau klik lama pada tools akan keluar senarai. Ada 3 senarai tool itu Lasso tool/Polyganol Lasso/Magnetic Lasso. Pilih Polygonal Lasso Tools.


Kemudian klik pada tepi imej yang anda mahu potong. Lihat anak panah kuning tu menunjukkan tempat saya klik tetikus untuk polyganol lasso tool mainkan peranannya. Klik dari bahu kanan imej sehingga bahu kiri imej. Kemudian sambung klik tool itu sehingga ke bawah dada imej lalu bertembung semula bahu kanan imej.

Dah selesai tekan>enter


Bila tekan enter anda akan lihat garis putus-putus seperti di atas. Sebelum pindahkan gambar anda kena licinkan dahulu tepian gambar. Caranya:

Klik select > modify > smooth >



Selepas tu paparan seperti di bawah ini akan keluar..



Letakkan di ruangan sample radius 3 pixels sudah memadai. Smooth selection digunakan untuk melicinkan gigi-gigi gambar akibat dipotong. 

Kemudian klik>ok>

Kita kena pindahkan gambar ini ke ruangan file yang baru. Caranya:


Kemudian klik move tools seperti di bawah untuk menggerakkan gambar yang telah kita potong tadi. Lihat contoh di bawah.


Gunakan move tool untuk gerakkan gambar yang dipotong ke ruangan file yang baru di buka tadi.


Bila dah pindah ke ruangan file baru, pegi cari tool layer ( sebelah kanan atas@bawah) untuk buang background warna putih.



Nampak tak perkataan background. Yang tu la kita kena tarik dan drag ke gambar tong sampah di bawah sebelah kanan gambar di atas.



Bila dah buang background latar belakang gambar akan jadi berpetak-petak macam gambar di atas. Kemudian sedia untuk simpan file ini.

Klik file>save as>



Paparan seperti di bawah akan muncul.


Simpan dalam .psd jika mahu edit semula. Simpan dalam .png kalau nak letak gambar ini dalam header blog atau website. Anda juga boleh simpan dalam apa-apa jua fail, kerana Adobe Photoshop menyediakan pelbagai jenis fail untuk di simpan. Saya ada test gambar untuk dimuatkan dalam header blog. Kalau takut ada background putih yang mengganggu header blog @ web simpan fail kita dalam bentuk .png.

Ok setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan mengenai tips yang simple ini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenai Adobe Photoshop. Kita jumpa di lembaran akan datang.










No comments:

Post a Comment