Salam Sejahtera.
Nama saya Zulkifli@Mr.Joy@Zul@Zulkapan@JoyKapan..Banyaknya nama kan..sama tapi tidak serupa. Hahaha. Anda kenali saya sebagai zul saja dah cukup. 
Tiada apa yang istimewa mengenai saya kerana saya hanyalah hamba Allah yang hina-dina. Memulakan pengajian sekolah rendah dan menengah di negeri yang paling makmur sekali di Malaysia. Hari-hari saya faham ye. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara. Pengajian saya dalam bidang Seni Lukis & Reka Diplome inTextile, seterusnya menyambung pengajian di fakulti yang sama berlainan bidang dengan mengambil 3D dalam Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Ceramic Moulding-Industry. Main dengan bidang art ni biasa le tuan-tuan dan puan-puan. Kalau software bahagian design tu hari-hari kena pakai. Nak-nak software Adobe. Photoshop, illustrator, Indesign, pastu macromedia, AutoCAD dan bermacam-macam lagi sampai tak larat nak sebut dah. huhuhu..Ibarat pepatah ke bidalan berbunyi: "ibarat isi dan kuku, tak dapat dipisahkan"hehehe. Bidang seni ni kena le bertahan sikit jatidiri sebab kerojenya sampai boleh dikatakan malam ibarat siang, siang ibarat malam.hehehe..namun tetap kreatif gitu...wakakakak.
Tapi itu dulu..sekarang dah jadi lain plop. Semangat membara untuk mengajar anak bangsa lahir. Sampai la kerajaan hantar ke bumi kenyalang. Siap ulu lagi hantar. Oleh kerana semangat yang membara nih..sampi berasap punggung ni..saya menyahut cabaran itu. Sampai la saya meluahkan segalanya dalam blog ini. sama-sama kongsi pengalaman apa salahnya..hehehe.
Sedikit sebanyak ada juga pengalaman di negeri orang. Kalau ada sumur di ladang kita jumpa dalam blog saya nih. Sudi-sudi le w tengok saya membebel..hahaha
Tq and see ya
No comments:
Post a Comment