Saturday, 20 October 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP:Besarkan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Salam Sejahtera.

Minta maaf jika tutorial kali ini tidak menampilkan penggunaan Adobe photoshop. Untuk kali  ini, satu pendedahan produk hasil dari  teknik Adobe Photoshop didedahkan kepada anda. Info bervideo ini menunjukkan bahawa Adobe Photoshop mampu menghasilkan hasil kerja seperti di bawah. Video ini juga lebih mengeksploitasikan kegunaan Adobe Photoshop bagi mereka yang  bergelar guru. Jom kita lihat.



Tahukah anda bahawa teknik ini diilhamkan dari sesebuah printer itu sendiri. Terdapat pelbagai jenis printer yang mempunyai fungsi 'fit to page'. Jika anda mencetak menggunakan fungsi ini, maka anda akan dapati di tepi sekeliling kertas A4 anda mempunyai ruang kosong. Ruang kosong inilah yang membantu dalam melekatkan satu per satu kertas A4 seperti yang ditunjukkan dalam video di atas. Cuma anda perlu mempunyai satu software yang berkesan untuk melakukan teknik ini. Antara perisian yang mainstream (yang popular digunakan orang) semestinya Adobe Photoshop. 

Jadi jika anda kerjayanya seorang guru...rasa-rasa membantu atau tidak? hehe..mungkin kut..Untuk ketahui teknik ini lebih lanjut..mungkin link ini boleh membantu anda...tut..tut..tut :-


Teknik Besarkan BBM anda untuk tarik perhatian murid dalam tempoh 10 minit.

Wednesday, 17 October 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP:CARA BUAT MOOD KEHIJAUAN-(GAMBAR LANDSKAP)

TUTORIAL PHOTOSHOP:
 CARA BUAT MOOD KEHIJAUAN-(GAMBAR LANDSKAP)


Salam Sejahtera.

Wah, nampaknya hari ini saya ada sesuatu  nak dikongsi bersama anda. Kali ni masih dalam tajuk yang sama~Menaikkan Seri Gambar~

Teknik yang digunakan kali ini lain sedikit. Teknik ini juga adalah untuk menaikkan KEHIJAUAN pada gambar jika gambar anda fokusnya pada landskap dan kelihatan kabur. Panjang sikit langkahnya. Ada 2 kali. Cuba lihat di bawah:

1. Buka Adobe Photoshop anda terlebih dahulu..ngeh2x.
2. Open gambar anda yang kabur-mabur itu.

3. Pergi cari layer >New adjustment layer>pilih Selective color
4. Tukar 'Colors' kepada 'Green' dan masukkan nilai seperti di bawah:
                                              (C:-100, M:-100, Y: +100)

 5. Kemudian buat sekali lagi proses yang sama tapi kali ni tukar warna kuning plak.




3. Kemudian pilih pula 'Yellow' dan masukkan nilainya (C:-100, M: -40, Y: +100)
4. Dan akhir sekali klik kanan layer>Blending Option>'Blending Mode' tukar  Color.

                                               Sebelum                                       Selepas

Amacam? Jadi tak? simple je kan? Harap-harap dapat membantu anda. Jika masih kabur sila lihat video di bawah.



Ketahui lebih lanjut Teknik Membesarkan Bahan Bantu mengajar untuk Guru!
http://www.cekgukool.com