Saturday, 13 October 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP-Cara Menaikkan Mood Gambar (video)


TUTORIAL PHOTOSHOP
Menaikkan Mood Gambar (Video Version)

Salam Sejahtera. 
Sebelum ini saya ada memaparkan teknik ini. Tetapi dalam bentuk tutorial bergambar. kali ini saya datangkan dalam bentuk video khusus untuk mendapatkan gambaran bagi yang mahu memulakan pembelajaran perisian Adobe Photoshop. Manakala untuk tontonan para pembaca selepas ini banyak lagi tutorial yang akan di paparkan dalam bentuk video Jika anda mahu download atau pun belajar melalui video ini amatlah dialu-alukan.hehe..Takpe, ada ilmu jom kita panjang-panjangkan lagi.. Yang dah expert jangan gelak ye..hehe


Friday, 12 October 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP-Cara Besarkan Imej


TUTORIAL PHOTOSHOP: 
Cara Besarkan Imej/Gambar


Salam Sejahtera.

Untuk ruangan kali ni suka saya menampilkan sedikit teknik ringkas untuk tatapan para pembaca. Untuk tutorial pertama ini saya saya datangkan dalam bentuk video. Kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan perisian Adobe Photoshop tu boley la sama-sama kita kongsi ye.hehehe..

sila lihat video di bawah:


Apa macam? Boleh ke ikut? Jangan takut ye. Slow-slow la ye.Kalau anda tidak tahu bagaimana mahu dapatkan perisian ini, maka boleh la download Adobe Photoshop CS4 Portable. Tidak perlu install. Pakai je terus. Klik sini.

Thursday, 11 October 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP-Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator Portable.

Salam Sejahtera.

Hi jumpa lagi di lembaran ini. Sedang saya dok belek-belek internet tadi terjumpalah beberapa perisian yang berkait rapat dengan tutorial ringkas yang saya tulis dalam blog ini. Perisian itu ialah Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Jadi berhajat jugak nak berkongsi. Pada sesiapa yang minat dan obses mendesign bley le tengok-tengok.

Software ni didatangkan dengan versi portable. Anda tidak perlu install. Klik dan terus boleh pakai. Ringan sikit.

Apa-apa pun boleh la jenguk-jenguk kat sini.


Adobe Photoshop CS 4 Portable:

Adobe Illustrator CS 3:


Semua file di atas telah dizipkan menggunakan winrar. kalau komputer anda tiada Winrar anda kena install dulu. Search je kat internet. Nak pakai Winzip pun boleh.

Selamat berkarya.





Wednesday, 10 October 2012

Jalan-jalan kat Tempat Kerja

Salam Sejahtera..

Nampak gayanya jika anda mahu melihat tutorial anda terpaksa pergi ke page Tutorial Photoshop. Ada butang disediakan dan klik je..Haa. hari ini saya nak bagi anda tengok gambo-gambo zaman 2009 lagi. Walaupun ini dah masuk 2012 tapi punya la nak kasi tengok juga. Gambar-gambar ni semua di di shoot di Sarawak bumi kenyalang.

Dalam post yang terdahulu saya ada sebut mengajar sekolah kat kawasan pedalaman. Tapi kawasan ni takde pun naik bot. Jumpa sungai besar-besar. Jumpa buaya besar-besar???hahaha..Kawasan saya ni jalan balak. Siap ada maintaianance lagi dari pihak yang berwajib. apa lagi kalau bukan company yang bernama CMS. Kena dia tabur batu besar kepala memang susah nak jalan. Kena pulak nak sampai ke sekolah dalam 50 kilometer je? dari simpang jalan besar....(jalan balak + batu gravel+jalan licin+bla,ba,bla) duduk atas motor sampai melompat-lompat..best adventure la katakan..ngeh2x..

Macam ni la ketika jalan elok.

Jaan batu gravel yang dah di lenyek kedalam.


Nak masuk ulu kena ada kenderaan. Motorsikal taraf supersort ni la yang dipakai masuk ulu. 600 cc.Percaya tak?


Masuk jalan tar kalah dengan kereta. Tapi kalau di jalan balak kamilah juara. Sampai orang kampung kenal sangat sapa yang bawak laju-laju ni. Siapa lagi kalau bukan team petronas kami. 4 orang tambah dengan saya dari semenanjung. Dok lenjan motorsikal sampai relai.hahaha.

Esok saya cerita pulak bagaimana agaknya bentuk rumah panjang. Rumah tradisi masayarakat iban di negeri Sarawak. ok see ya.