Wednesday, 26 September 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP-Menaikkan mood gambar

TUTORIAL-MENAIKKAN MOOD GAMBAR

Salam Sejahtera...Hi semua,.dah 3 hari tinggalkan blog ni. Maklum le sibuk dengan kerjaya.hehe..Duduk kat ulu pun sibuk gak macam di bandar. Hari ni baru ada kesempatan nak menulis. Nak tulis pasal apa? Hari saya akan ceritakan sedikit teknik ringkas tentang Adobe Photoshop. Pada sapa-sapa yang baru nak belajar (newbie) perisian ini boleh le jenguk-jenguk ye. Kalau dah expert tu, rasanya malu pulak saya yang menulis ni.hehe..

Hari ini saya nak bagi tips bagaimana mahu naikkan "seri" @ mood  gambar secara RINGKAS. Jika anda mahu masukkan gambar dalam web, facebook, twitter ataupun minisite ke, jangan masukkan terus gambar tu. Naikkan mood dulu baru masuk. Orang tengok pun naik semangat dia..Apa-apa pun jom kita lihat. 

Pertama anda kena off course perisian Adobe Photosop. Disarankan version 7.0 ke atas. Dalam tutorial ini saya menggunakan version CS5. Install dan buka perisian tersebut seperti anda nampak yang tertera di bawah:

Paparan seperti ini akan muncul.


Kemudian anda kena keluarkan gambar yang anda inginkan terlebih dahulu.

Klik file>Open as>Cari folder simpan gambar>klik gambar mahu dan klik open.

Lihat di bawah.


Katakan ini gambarnya...Orangnya cantikkan?Gambar ini ditangkap dengan menggunakan kamera digital. Gelap je. Tiada seri. Untuk tarik perhatian pengunjung web atau blog, gambar cantik mainkan peranan juga.




Jadi apa yang perlu dilakukan? Pergi cari tool layer. Tool ini duduknya di sebelah kanan atas atau kanan bawah. Cari perkataan layer dan klik sampai nampak seperti paparan dibawah. 


Kemudian nampak tak bulatan merah tu. Yang tu ialah layer gambar. Photoshop ni lain gambar lain layer. Kalau anda nak alihkan gambar tapi tak bergerak-gerak, pastikan layer anda betul dan tepat ye.

Pada layer gambar dalam bulatan, klik kanan tetikus anda untuk rasterize gambar.Lihat contoh di bawah. Kalau tak buat nanti nak pakai tool level tak boleh. Pasni anda akan jumpa.


Bila dah klik rasterize layer bermaksud anda dah boleh pakai tools levels. Bawakan cursor ke menu-menu (atas) dalam perisian dan cari image.

Klik image >adjustments>levels

Lihat di bawah:-



Klik levels paparan seperti ini akan keluar.



Nampak tak bulatan merah. Anda kena tarik anak panah kecil tu ke tengah sikit macam dalam gambar. Anda juga boleh adjust sendiri untuk hasil yang memuaskan. Untuk pengetahuan anda, masa anda tarik anak panah gambar anda juga turut berubah warna. Dia preview automatik.

Dah selesai klik ok.

Lihat gambar di bawah.


Kan dah terang sikit. Tengok lagi di bawah perbezaannya.


Sebelah kiri sebelum edit dan sebelah kanan selepas mood gambar di naikkan. Amacam? Senang tak? Dah jadi camni simpan ye:

Klik file>save as> dan simpan dalam apa bentuk file yang anda mahu...

Photoshop sediakan pelbagai fail contohnya:/png/jpeg/bmp/pix/tiff/psd/---semua ni untuk web kan?

Inilah serba sedikit yang nak dikongsikan kepada anda. Walaupun nampak cikai sikit teknik ni. Jikalau anda masih baru dalam photoshop, maka tips ini mungkin berguna, ecewah . Niat saya mahu membantu anda. Mana la tau dengan permulaan kecil ini anda boleh memulakan kerjaya anda dengan Photoshop..hehe..

Apa-apa pun terima kasih kerana sudi membaca coretan saya. Jumpa di lembaran akan datang dengan  tips-tips ringkas yang lebih hot!.





No comments:

Post a Comment