Saturday, 20 October 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP:Besarkan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Salam Sejahtera.

Minta maaf jika tutorial kali ini tidak menampilkan penggunaan Adobe photoshop. Untuk kali  ini, satu pendedahan produk hasil dari  teknik Adobe Photoshop didedahkan kepada anda. Info bervideo ini menunjukkan bahawa Adobe Photoshop mampu menghasilkan hasil kerja seperti di bawah. Video ini juga lebih mengeksploitasikan kegunaan Adobe Photoshop bagi mereka yang  bergelar guru. Jom kita lihat.



Tahukah anda bahawa teknik ini diilhamkan dari sesebuah printer itu sendiri. Terdapat pelbagai jenis printer yang mempunyai fungsi 'fit to page'. Jika anda mencetak menggunakan fungsi ini, maka anda akan dapati di tepi sekeliling kertas A4 anda mempunyai ruang kosong. Ruang kosong inilah yang membantu dalam melekatkan satu per satu kertas A4 seperti yang ditunjukkan dalam video di atas. Cuma anda perlu mempunyai satu software yang berkesan untuk melakukan teknik ini. Antara perisian yang mainstream (yang popular digunakan orang) semestinya Adobe Photoshop. 

Jadi jika anda kerjayanya seorang guru...rasa-rasa membantu atau tidak? hehe..mungkin kut..Untuk ketahui teknik ini lebih lanjut..mungkin link ini boleh membantu anda...tut..tut..tut :-


Teknik Besarkan BBM anda untuk tarik perhatian murid dalam tempoh 10 minit.

Wednesday, 17 October 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP:CARA BUAT MOOD KEHIJAUAN-(GAMBAR LANDSKAP)

TUTORIAL PHOTOSHOP:
 CARA BUAT MOOD KEHIJAUAN-(GAMBAR LANDSKAP)


Salam Sejahtera.

Wah, nampaknya hari ini saya ada sesuatu  nak dikongsi bersama anda. Kali ni masih dalam tajuk yang sama~Menaikkan Seri Gambar~

Teknik yang digunakan kali ini lain sedikit. Teknik ini juga adalah untuk menaikkan KEHIJAUAN pada gambar jika gambar anda fokusnya pada landskap dan kelihatan kabur. Panjang sikit langkahnya. Ada 2 kali. Cuba lihat di bawah:

1. Buka Adobe Photoshop anda terlebih dahulu..ngeh2x.
2. Open gambar anda yang kabur-mabur itu.

3. Pergi cari layer >New adjustment layer>pilih Selective color
4. Tukar 'Colors' kepada 'Green' dan masukkan nilai seperti di bawah:
                                              (C:-100, M:-100, Y: +100)

 5. Kemudian buat sekali lagi proses yang sama tapi kali ni tukar warna kuning plak.




3. Kemudian pilih pula 'Yellow' dan masukkan nilainya (C:-100, M: -40, Y: +100)
4. Dan akhir sekali klik kanan layer>Blending Option>'Blending Mode' tukar  Color.

                                               Sebelum                                       Selepas

Amacam? Jadi tak? simple je kan? Harap-harap dapat membantu anda. Jika masih kabur sila lihat video di bawah.



Ketahui lebih lanjut Teknik Membesarkan Bahan Bantu mengajar untuk Guru!
http://www.cekgukool.com

Saturday, 13 October 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP-Cara Menaikkan Mood Gambar (video)


TUTORIAL PHOTOSHOP
Menaikkan Mood Gambar (Video Version)

Salam Sejahtera. 
Sebelum ini saya ada memaparkan teknik ini. Tetapi dalam bentuk tutorial bergambar. kali ini saya datangkan dalam bentuk video khusus untuk mendapatkan gambaran bagi yang mahu memulakan pembelajaran perisian Adobe Photoshop. Manakala untuk tontonan para pembaca selepas ini banyak lagi tutorial yang akan di paparkan dalam bentuk video Jika anda mahu download atau pun belajar melalui video ini amatlah dialu-alukan.hehe..Takpe, ada ilmu jom kita panjang-panjangkan lagi.. Yang dah expert jangan gelak ye..hehe


Friday, 12 October 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP-Cara Besarkan Imej


TUTORIAL PHOTOSHOP: 
Cara Besarkan Imej/Gambar


Salam Sejahtera.

Untuk ruangan kali ni suka saya menampilkan sedikit teknik ringkas untuk tatapan para pembaca. Untuk tutorial pertama ini saya saya datangkan dalam bentuk video. Kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan perisian Adobe Photoshop tu boley la sama-sama kita kongsi ye.hehehe..

sila lihat video di bawah:


Apa macam? Boleh ke ikut? Jangan takut ye. Slow-slow la ye.Kalau anda tidak tahu bagaimana mahu dapatkan perisian ini, maka boleh la download Adobe Photoshop CS4 Portable. Tidak perlu install. Pakai je terus. Klik sini.

Thursday, 11 October 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP-Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator Portable.

Salam Sejahtera.

Hi jumpa lagi di lembaran ini. Sedang saya dok belek-belek internet tadi terjumpalah beberapa perisian yang berkait rapat dengan tutorial ringkas yang saya tulis dalam blog ini. Perisian itu ialah Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Jadi berhajat jugak nak berkongsi. Pada sesiapa yang minat dan obses mendesign bley le tengok-tengok.

Software ni didatangkan dengan versi portable. Anda tidak perlu install. Klik dan terus boleh pakai. Ringan sikit.

Apa-apa pun boleh la jenguk-jenguk kat sini.


Adobe Photoshop CS 4 Portable:

Adobe Illustrator CS 3:


Semua file di atas telah dizipkan menggunakan winrar. kalau komputer anda tiada Winrar anda kena install dulu. Search je kat internet. Nak pakai Winzip pun boleh.

Selamat berkarya.





Wednesday, 10 October 2012

Jalan-jalan kat Tempat Kerja

Salam Sejahtera..

Nampak gayanya jika anda mahu melihat tutorial anda terpaksa pergi ke page Tutorial Photoshop. Ada butang disediakan dan klik je..Haa. hari ini saya nak bagi anda tengok gambo-gambo zaman 2009 lagi. Walaupun ini dah masuk 2012 tapi punya la nak kasi tengok juga. Gambar-gambar ni semua di di shoot di Sarawak bumi kenyalang.

Dalam post yang terdahulu saya ada sebut mengajar sekolah kat kawasan pedalaman. Tapi kawasan ni takde pun naik bot. Jumpa sungai besar-besar. Jumpa buaya besar-besar???hahaha..Kawasan saya ni jalan balak. Siap ada maintaianance lagi dari pihak yang berwajib. apa lagi kalau bukan company yang bernama CMS. Kena dia tabur batu besar kepala memang susah nak jalan. Kena pulak nak sampai ke sekolah dalam 50 kilometer je? dari simpang jalan besar....(jalan balak + batu gravel+jalan licin+bla,ba,bla) duduk atas motor sampai melompat-lompat..best adventure la katakan..ngeh2x..

Macam ni la ketika jalan elok.

Jaan batu gravel yang dah di lenyek kedalam.


Nak masuk ulu kena ada kenderaan. Motorsikal taraf supersort ni la yang dipakai masuk ulu. 600 cc.Percaya tak?


Masuk jalan tar kalah dengan kereta. Tapi kalau di jalan balak kamilah juara. Sampai orang kampung kenal sangat sapa yang bawak laju-laju ni. Siapa lagi kalau bukan team petronas kami. 4 orang tambah dengan saya dari semenanjung. Dok lenjan motorsikal sampai relai.hahaha.

Esok saya cerita pulak bagaimana agaknya bentuk rumah panjang. Rumah tradisi masayarakat iban di negeri Sarawak. ok see ya.



Wednesday, 3 October 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP-Edit Borang Tiada Soft Copy

Salam sejahtera..

Alamak dah berapa hari tak update ye. hehe jangan mara.maklum le tempat kerja dekat ulu. Petang-petang baru boleh balik. Ok ye hari ini ada seorang guru bertanyakan saya. Dia bawakan saya borang penting yang tiada soft-copy. Dia bertanya kepada saya macamana nak buat ni, borang ini dah lewat hantar. Dateline dah jadi death-linenya (tu la sape suruh anto lewat2). Maka saya dengan coolnye berkata 

" Rilex, Photoshop bisik. Aram meh kitai adu ke.....". -(jaku iban)
"Bawak bertenang, photoshop kan ada. Jom kita buat" (terjemahan bahasa yang anda faham)

Muka pucat lesi kawan guru saya. Siap kena usik lagi.hehe..maka dengan itu terdetik pula nak post teknik ringkas photoshop ni kat blog nih. Apa kata jom kita jenguk-jenguk teknik ini.Waccaaaaa..

Teknik terdesak ini sangat ringkas. Teknik ini kalau ada borang yang nak segera, tiada soft-copy boleh pakai. Kalau nak edit lembaran kerja murid pun senang pakai teknik ini. Apa yang perlu ada ialah scanner, printer dan PhotoshopTengok di bawah contoh borang terdesak ini.


Ini borang pengisytiharan harta. Borang ni la kawan saya kalut takde soft copy

   Dia nak tukar maklumat tu dengan maklumat dia.

Kalau nak guna microsoft paint boleh sangat-sangat. Tapi bila pakai asyik besar. Tak boleh nak kecilkan masa kita nak edit tu. Caranya Photoshop. Tapi software ini grafik punya. Sebenarnya kalau anda tiada basic boleh pakai. Cuma nak ada Tok Guru jew.

Tapi hari ini rasa tidak bermaya nak potong-potong gambar. Apa kata tengok jela caranya di bawah. Siap video lagi. Boleh dengar suara mahaguru dalam tu..hehe..



Sebenarnya ini adalah sebahagian teknik ringkas yang berguna. Ini juga bonus yang bakal anda terima jika anda lawati laman web rasmi admin.hehehe. Cuma kali ni saya selaku admin beri tengok awal-awal (maksud tersembunyi: percuma..hehe). Khususnya para guru-guru. Yang bukan guru pun boleh pakai jika ada masalah yang sama. 

Jika berminat nak ketahui lebih lanjut, sila le lawati ke halaman rasmi admin di :- 


Opss..terima kasih pada anda yang sudi jenguk ke blog yang tidak seberapa ini.








Saturday, 29 September 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP- Nak Buat Gambar Lucu?

Tips 3- Nak Buat Gambar Lucu?


Salam sejahtera. Hari ini saya ada satu tips yang saya suka-suka main. Masih mengenai teknik Photoshop yang mudah. Pernah anda terlihat dalam blog atau web yang pernah memaparkan gambar-gambar lucu? Mungkin mereka menggunakan photoshop sebagai medium. Tapi saya nak tunjuk yang simple-simple je.

Ada jugak blogger yang pernah kata, kalau nak tarik ramai pelawat ke blog atau web boleh le pertimbangkan nak letak gambar-gambar lucu ni. Maka sebab itu saya nak jugak ambil kesempatan atas benda nih. 

Jom saya tunjukkan cara yang simple ini.

Klik ikon Adobe Photoshop dan buka gambar yang dikehendaki. Fikirkan 2,3 gambar yang sesuai. Kalau nak potong rujuk kembali pada tips 1 dan 2. Lepas potong jangan lupa naikkan seri gambar tu ye.(rujuk kembali pada tips 1 dan 2 dalam blog ni.peace!)

Caranya

Klik file>open as>cari tempat simpan gambar>

Contoh Gambar : En. Belang ni gambar utama. Saya cuma nak potong gambar perempuan sebelah kanan tu je. Jangan lupa guna tips1 dan 2 dalam post saya yang lepas ye.huahuahua.

Diskripsi idea:         
Kita nak buat perempuan tu cium Mat Belang tu, pastu kita letak kotak dialog sebelah kanan En.Belang nih. Dalam tu saya nak tulis dia marah tengok bercium la.. 

File gambar:(jangan lupa)

Gambar Utama  : Simpan dalam JPEG pun takpe
Gambar Potong : Simpan dalam .PSD (lepas potong) senang nak pindahkan layer     
                                (ikut tips-2)

Bila dah keluarkan gambar paparan seperti ini akan keluar.

Saya alihkan paparan Photoshop ini dengan menggunakan arrange document. Sebaris dengan file,edit,image,layer,filter, view, window, help


Kalau nak wat paparan seperti ini boleh, cari je kat sini.


Kemudian alihkan gambar perempuan yang tengah nak cium tu ke ruangan En.Rimau. Gunakan move tools.


Pakai ini nak gerak objek. Pindahkan gambar potong ke gambar utama.




Kemudian kita nak besarkan gambar potong yang telah kita pindahkan tadi. Pastikan layernya betul.

Caranya klik layer>klik layer gambar potong


Dah betul layer jom besarkan gambar potong dengan gambar utama. Caranya...

Klik edit>Transform>scale>



Selepas je anda klik scale gambar potong akan keluar kotak empat segi. Pada penjuru kotak ada kotak kecil. Gunanya untuk ditarik-tarik supaya boleh dibesarkan dan dikecilkan. (tekan shift semasa nak tarik ye).


Dah dapat saiz yang dikehendaki klik enter untuk buang kotak scale tadi. Kemudian alihkan gambar ke tempat yang dikehendaki dengan menggunakan move tool.

Di bawah adalah contoh tempat saya pindahkan gambar potong menggunakan move tool.


Dah jadi camni kita akan letakkan kotak dialog. 
Klik lama di pada ruangan tools cari Elliptical Marquee Tool.


Seretkan tool ini dalam ruangan kerja anda sehingga jadi seperti di bawah  ini.


Kemudian ambil Polyganol Lasso Tool dan klik kotak kecil bercantum seperti gambarajah di bawah.


Kemudian sambungkan pada bulatan yang telah anda seretkan tadi macam kat bawah ni.


Kan dah jadi kotak dialog? Pastu buka layer baru untuk kotak dialog ni. 


Masukkan cat
Klik paint bucket>klik pada kotak dialog.


Selepas klik pada kotak dialog akan jadi begini, seperti di bawah


Lepas tu ambil tool Horizontal  Tool Type untuk buat tulisan. Cari macam di bawah ni.


Kemudian klik pada kotak dialog untuk mulakan menulis.


Kalau tulisan tidak keluar maksudnya warna tulisan sama dengan warna kotak dialog. Anda kena tukar. Cari di sini.



Pastu simpankan gambar yang dah siap dalam bentuk JPEG atau apa-apa fail yang anda kehendaki.

Klik file>save as> dan simpan.

Agak-agaknya lucu tak gambar di atas tu. Entahle, terpulang le pada korang yang menilai. Kalau anda tak lucu pun dapat buat orang tersengih pun dah kira ok la.hahaha. Ok kita jumpa lagi dilembaran akan datang..See ya


















Friday, 28 September 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP-Memotong Gambar

Tips 2: Memotong Gambar

Salam sejahtera, kali ini saya akan berikan tips ringkas bagaimana untuk memotong gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop.

Pertama: klik ikon Photoshop. Buka file gambar>klik file>open>cari folder gambar>klik open.

Katakan ini gambarnya.



Pada gambar ini kita mahu ambil kepala dan badan sahaja. Latar belakang merah tu kita tak mahu. Caranya, lihat di bawah.

Klik pada Polygonal Lasso Tool


Kalau klik lama pada tools akan keluar senarai. Ada 3 senarai tool itu Lasso tool/Polyganol Lasso/Magnetic Lasso. Pilih Polygonal Lasso Tools.


Kemudian klik pada tepi imej yang anda mahu potong. Lihat anak panah kuning tu menunjukkan tempat saya klik tetikus untuk polyganol lasso tool mainkan peranannya. Klik dari bahu kanan imej sehingga bahu kiri imej. Kemudian sambung klik tool itu sehingga ke bawah dada imej lalu bertembung semula bahu kanan imej.

Dah selesai tekan>enter


Bila tekan enter anda akan lihat garis putus-putus seperti di atas. Sebelum pindahkan gambar anda kena licinkan dahulu tepian gambar. Caranya:

Klik select > modify > smooth >



Selepas tu paparan seperti di bawah ini akan keluar..



Letakkan di ruangan sample radius 3 pixels sudah memadai. Smooth selection digunakan untuk melicinkan gigi-gigi gambar akibat dipotong. 

Kemudian klik>ok>

Kita kena pindahkan gambar ini ke ruangan file yang baru. Caranya:


Kemudian klik move tools seperti di bawah untuk menggerakkan gambar yang telah kita potong tadi. Lihat contoh di bawah.


Gunakan move tool untuk gerakkan gambar yang dipotong ke ruangan file yang baru di buka tadi.


Bila dah pindah ke ruangan file baru, pegi cari tool layer ( sebelah kanan atas@bawah) untuk buang background warna putih.



Nampak tak perkataan background. Yang tu la kita kena tarik dan drag ke gambar tong sampah di bawah sebelah kanan gambar di atas.



Bila dah buang background latar belakang gambar akan jadi berpetak-petak macam gambar di atas. Kemudian sedia untuk simpan file ini.

Klik file>save as>



Paparan seperti di bawah akan muncul.


Simpan dalam .psd jika mahu edit semula. Simpan dalam .png kalau nak letak gambar ini dalam header blog atau website. Anda juga boleh simpan dalam apa-apa jua fail, kerana Adobe Photoshop menyediakan pelbagai jenis fail untuk di simpan. Saya ada test gambar untuk dimuatkan dalam header blog. Kalau takut ada background putih yang mengganggu header blog @ web simpan fail kita dalam bentuk .png.

Ok setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan mengenai tips yang simple ini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenai Adobe Photoshop. Kita jumpa di lembaran akan datang.










Wednesday, 26 September 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP-Menaikkan mood gambar

TUTORIAL-MENAIKKAN MOOD GAMBAR

Salam Sejahtera...Hi semua,.dah 3 hari tinggalkan blog ni. Maklum le sibuk dengan kerjaya.hehe..Duduk kat ulu pun sibuk gak macam di bandar. Hari ni baru ada kesempatan nak menulis. Nak tulis pasal apa? Hari saya akan ceritakan sedikit teknik ringkas tentang Adobe Photoshop. Pada sapa-sapa yang baru nak belajar (newbie) perisian ini boleh le jenguk-jenguk ye. Kalau dah expert tu, rasanya malu pulak saya yang menulis ni.hehe..

Hari ini saya nak bagi tips bagaimana mahu naikkan "seri" @ mood  gambar secara RINGKAS. Jika anda mahu masukkan gambar dalam web, facebook, twitter ataupun minisite ke, jangan masukkan terus gambar tu. Naikkan mood dulu baru masuk. Orang tengok pun naik semangat dia..Apa-apa pun jom kita lihat. 

Pertama anda kena off course perisian Adobe Photosop. Disarankan version 7.0 ke atas. Dalam tutorial ini saya menggunakan version CS5. Install dan buka perisian tersebut seperti anda nampak yang tertera di bawah:

Paparan seperti ini akan muncul.


Kemudian anda kena keluarkan gambar yang anda inginkan terlebih dahulu.

Klik file>Open as>Cari folder simpan gambar>klik gambar mahu dan klik open.

Lihat di bawah.


Katakan ini gambarnya...Orangnya cantikkan?Gambar ini ditangkap dengan menggunakan kamera digital. Gelap je. Tiada seri. Untuk tarik perhatian pengunjung web atau blog, gambar cantik mainkan peranan juga.




Jadi apa yang perlu dilakukan? Pergi cari tool layer. Tool ini duduknya di sebelah kanan atas atau kanan bawah. Cari perkataan layer dan klik sampai nampak seperti paparan dibawah. 


Kemudian nampak tak bulatan merah tu. Yang tu ialah layer gambar. Photoshop ni lain gambar lain layer. Kalau anda nak alihkan gambar tapi tak bergerak-gerak, pastikan layer anda betul dan tepat ye.

Pada layer gambar dalam bulatan, klik kanan tetikus anda untuk rasterize gambar.Lihat contoh di bawah. Kalau tak buat nanti nak pakai tool level tak boleh. Pasni anda akan jumpa.


Bila dah klik rasterize layer bermaksud anda dah boleh pakai tools levels. Bawakan cursor ke menu-menu (atas) dalam perisian dan cari image.

Klik image >adjustments>levels

Lihat di bawah:-



Klik levels paparan seperti ini akan keluar.



Nampak tak bulatan merah. Anda kena tarik anak panah kecil tu ke tengah sikit macam dalam gambar. Anda juga boleh adjust sendiri untuk hasil yang memuaskan. Untuk pengetahuan anda, masa anda tarik anak panah gambar anda juga turut berubah warna. Dia preview automatik.

Dah selesai klik ok.

Lihat gambar di bawah.


Kan dah terang sikit. Tengok lagi di bawah perbezaannya.


Sebelah kiri sebelum edit dan sebelah kanan selepas mood gambar di naikkan. Amacam? Senang tak? Dah jadi camni simpan ye:

Klik file>save as> dan simpan dalam apa bentuk file yang anda mahu...

Photoshop sediakan pelbagai fail contohnya:/png/jpeg/bmp/pix/tiff/psd/---semua ni untuk web kan?

Inilah serba sedikit yang nak dikongsikan kepada anda. Walaupun nampak cikai sikit teknik ni. Jikalau anda masih baru dalam photoshop, maka tips ini mungkin berguna, ecewah . Niat saya mahu membantu anda. Mana la tau dengan permulaan kecil ini anda boleh memulakan kerjaya anda dengan Photoshop..hehe..

Apa-apa pun terima kasih kerana sudi membaca coretan saya. Jumpa di lembaran akan datang dengan  tips-tips ringkas yang lebih hot!.





Saturday, 22 September 2012

Kerjayaku Di Pedalaman..

Baru semalam berjaya menulis post pertama. Hari ni tangan dah gatal balik.ngeh3x. Slow2x..Tapi masih lagi tidak memberi tips-tips yang berguna.(macam tertulis pada tajuk atas) Sabaq na..Lepas post kedua ni kita hantam elok-elok..hehe..

2.01.2009

Sk Ng Grenjang, Saratok, Sarawak.

02.01.2009 - Tahun bersejarah buat saya. Ini ialah ibarat pintu gerbang yang menyambut saya dan 4 orang kawan yang lain dari semenanjung. Pastu tiba-tiba ada dengar cakap  "Selamat Datai urang kitai..,udah sampai, adu bako ke rumah nuan kedirik" -maksudnya (Selamat datang-dah sampai watle macam rumah sendiri/ps:bersepah je). Naseb bek Guru Besar yang bercakap kalau pintu gerbang tu, dah lama balik kampung aku. wakakaka.

Penempatan pertama di pedalaman yang mengasyikkan. Masa ni la kenal apa itu rumah panjang, jaku iban dan etnik terbesar di Sarawak. Dan juga buaya besar-besar? Mak aih! Tapi xpa, untuk nusa bangsa pedalaman pun kita redah je. Seronok jugak adventure nek motorsikal. Biar pun jalan gravel pun. Baru ada thrill. Cam rally dakar tu. haha..

Habis part tu, Masuk dalam bilik guru..seronok gile tengok kecanggihan yang ada dalam bilik guru..Xpe la, kawasan ulu ni pakai je la apa yang ada. Yang penting cikgu kena lebih kreatif. Masa ni la minda akan berkembang maju. hehe..


                                          Bilik guru Sk Ng Grenjang, Saratok.

Dah penat-penat sampai sekolah ( ada gak sejam masuk jalan balak), lapor diri ditunjukkan pula istana yang bakal diduduki saya dan 3 orang rakan yang lain..


                                                        Rumah SOBERO.

Sebelah kanan tu rumah kami orang tu. Ingat kami pedalaman xde rumah cantik-canti kew..air ada. Elektrik ada. Air ada cuma air hujan je. Elektrik ada, siap pakai generator lagi. Korang ada..?Aku ada. ngeh3x. Tu belum cerita pasal tiang rumah lagi tu. Siap main cucuk dalam tanah je. Tiang kayu plak. Xpe kalau condong nanti kalah menara pissa kat negara mat salleh tu.




                                                  Tangki air -tadah air hujan


Ummmmm yammyyuu...air tu la kami duk minum sokmo. Orang iban madah: aik amat(air masak). Ada zat gitu. Apa lagi dah xde pilihan lain tolan je la labu..hehe..



Sungai Grenjang

Sungai ni cetek je. Xsampai paras lutut. Sini le murid-murid sekolah mandi. Sekolah ni jenis berasrama. Diorang xde bilik air macam sekolah di bandar. Canggih tak "bilik air"  ni. Siap cikgu dia berendam berjam-jam. Sebab kalau air jernih dari jauh lagi dah nampak batu-batu dalam air. Cantik sangat-sangat. Air boleh minum terus. 

Orang iban madah : ciruk air ( air jernih). 

Masa ni shoot gambar kat ulu kawasan hujan. Tu yang air macam teh tu.ngeh3x.


Banglo tukang masak / Penyelia asrama

Yang ni banglo orang kuat sekolah ni. Tukang masak dan penyelia asrama. Xde diorang x makan murid-murid sekolah. Sama-sama bangunkan sekolah la ye..



Pergola aka Pondok bacaan.

Ini pergola sekolah, tapi kalau belajar di luar kelas x bawak kat sini. Bawak pergola yang lagi satu.

Sebenarnya banyak lagi nak cerita, tapi tiba-tiba ada hal la plak. Emergency kata kawan. Apa-apahal kita tengok dulu. Terima kasih la ye pada yang sudi tengok tu. Kita jumpa di lembaran lain. See ya..Salam..